PUSAT BANTUAN

Ada soalan?How can we help?

Jawapan pantas tentang PPV, bayaran, peranti, download dan pesanan kedai.Quick answers about PPV, payments, devices, downloads and shop orders.

Bagaimana cara membeli PPV?

Daftar dengan nama, e-mel dan nombor telefon. Pilih satu atau beberapa siaran, tekan Bayar Sekali dan lengkapkan pembayaran pada halaman CHIP. Akses dibuka selepas pembayaran disahkan.

Berapa lama akses tontonan saya?

Setiap pembelian PPV sah selama 30 hari dari tarikh pembayaran. Tarikh tamat tepat boleh dilihat pada halaman Pembelian Saya.

Boleh saya menonton pada peranti lain?

Akses pembeli dilindungi untuk satu peranti pada satu masa dan akses PPV dikunci kepada peranti pembelian asal. Hubungi admin jika peranti anda perlu ditukar secara sah.

Bagaimana hendak download video?

Download hanya tersedia jika pakej Tonton + Download dibeli dan fail telah disediakan oleh admin. Butang download akan muncul pada halaman tontonan dan Pembelian Saya.

Pembayaran sudah dibuat tetapi akses belum terbuka?

Tunggu sebentar untuk pengesahan CHIP, kemudian muat semula halaman Pembelian Saya. Jika masih belum aktif, hantarkan e-mel pembelian dan tajuk siaran kepada admin melalui WhatsApp—jangan hantar PIN atau nombor kad.

Bagaimana status penghantaran produk?

Buka Pembelian Saya dan pilih pesanan kedai. Status pemprosesan serta nombor penjejakan akan dipaparkan apabila dikemas kini oleh admin.

Masih perlukan bantuan?

Pembantu AI tersedia di penjuru skrin. Untuk isu pembayaran atau akses yang memerlukan semakan, hubungi admin USLTV.

WhatsApp Admin