USLTV LIVE SERVICES
Dasar Privasi
Dasar ini menerangkan maklumat yang diproses apabila anda menggunakan USLTV Live Services.
Dikemas kini: 27 September 2026
1. Maklumat yang dikumpulkan
Kami memproses nama, e-mel dan nombor telefon ketika pendaftaran. Kata laluan disimpan sebagai hash kriptografi dan tidak boleh dibaca oleh admin. Kod pemulihan hanya sah untuk tempoh singkat dan tidak disimpan dalam bentuk asal. Bagi pesanan kedai, kami turut memproses alamat penghantaran dan catatan pesanan. Pengecam peranti digunakan bagi melaksanakan had satu peranti dan melindungi akses PPV.
2. Pembayaran
Pembayaran dikendalikan oleh CHIP. USLTV menyimpan rujukan transaksi, status, jumlah dan tarikh pembayaran untuk mengurus akses serta rekod pembelian, tetapi tidak meminta atau menyimpan PIN, kata laluan bank atau nombor penuh kad anda.
3. Tujuan penggunaan
Maklumat digunakan untuk membuka akses tontonan, mengurus download, menyokong pelanggan, mencegah perkongsian akses tanpa kebenaran, memproses penghantaran dan memenuhi kewajipan operasi atau undang-undang. Kami turut merekod langkah asas seperti pilihan siaran, permulaan pembayaran dan aktiviti pemain untuk mengukur prestasi jualan serta bilangan penonton aktif; rakaman chat live tidak disimpan.
4. Penyimpanan dan keselamatan
Data laman dan rekod berkaitan disimpan menggunakan perkhidmatan Cloudflare. Kata laluan dilindungi menggunakan hash PBKDF2 dengan salt unik, percubaan login gagal dihadkan dan pemulihan akaun menggunakan kod e-mel sekali guna. Untuk akaun lama yang belum mempunyai kata laluan, pengaktifan tanpa kod hanya dibenarkan apabila maklumat akaun sepadan dan pengecam peranti pernah direkodkan. Kami mengehadkan akses pentadbiran dan menyimpan data selama diperlukan untuk operasi, keselamatan, pertikaian pembayaran dan rekod perniagaan.
5. Perkongsian maklumat
Maklumat hanya dikongsi dengan penyedia yang diperlukan untuk operasi—contohnya CHIP untuk pembayaran, Cloudflare untuk laman dan video, serta pihak penghantaran bagi pesanan fizikal—atau apabila dikehendaki undang-undang.
6. Peringatan acara
Selepas pembelian, peringatan e-mel acara boleh diaktifkan secara automatik. Peringatan WhatsApp hanya diaktifkan apabila anda memilihnya. Tetapan peringatan boleh dikemas kini pada kad siaran.
7. Pilihan dan pertanyaan anda
Untuk meminta pembetulan atau bertanya tentang data anda, hubungi supersportlive000@gmail.com atau WhatsApp +60 11-7608 7870. Sesetengah rekod transaksi mungkin perlu dikekalkan untuk tujuan sah.
8. Location dan pemantauan aktiviti selepas login
Location adalah mandatori untuk menggunakan perkhidmatan USLTV selepas login. Akaun, pemulihan akses, notis privasi dan logout tetap boleh dicapai tanpa lokasi. Sebelum anda memberikan izin pelayar, USLTV menerangkan pengumpulan lokasi peranti (latitud/longitud), tahap ketepatan dan masa lokasi, ID/nama akaun, IP dipendekkan, telco/ISP, anggaran lokasi IP, halaman semasa dan tajuk/jenis/status tontonan. Tujuannya ialah pemantauan operasi oleh Admin USLTV yang dibenarkan. Lokasi peranti bergantung pada ketepatan yang dilaporkan pelayar; ia bukan jaminan kedudukan tepat. Kandungan borang, kata laluan, query URL dan aktiviti di luar USLTV tidak dikumpulkan oleh modul ini. Pemantauan berjalan semasa login dan web dibuka; selepas logout ia berhenti, dan sesi yang tiada heartbeat tamat. Tab latar belakang boleh dihadkan pelayar. Jika izin ditolak atau lokasi gagal disahkan, perkhidmatan termasuk tontonan disekat sehingga lokasi disahkan semula. Syarat PPV dan pembayaran tetap terpakai. Rekod dipadam selepas 24 jam dengan pembersihan setiap jam; log akses Admin disimpan 30 hari. Akses terhad kepada Admin dibenarkan dan penyedia Cloudflare. Data tidak dijual. Tarik balik izin melalui tetapan Location pelayar atau logout. Hubungi alamat dalam seksyen 7 untuk akses, pembetulan atau pemadaman.
Location is required for services after sign-in. Account management, recovery, this privacy notice and logout remain available. With browser permission, USLTV collects reported device coordinates, accuracy and timestamp, account ID/name, shortened IP, ISP, approximate IP location, current page and playback title/type/status for authorised administrator operational monitoring. Form contents, passwords, URL query values and activity outside USLTV are excluded. Monitoring runs while signed in with the website open and stops on logout; absent heartbeats expire. Browser background limits apply. Services are blocked if location is denied or cannot be verified. PPV entitlements are still required. Monitoring records expire after 24 hours with hourly cleanup; administrator access logs expire after 30 days. Access is restricted to authorised administrators and Cloudflare. Data is not sold. Revoke Location in browser settings or log out; contact section 7 for access, correction or erasure.